Ya Allah, Ya Aziz,
Ya Rahman, Ya Rahim,
Pengetahuanku pada kemurahan-Mu
Itulah yang memberhentikan aku di Pintu-Mu
Bagaimana aku akan kecewa?
Sedangkan Engkaulah harapanku
Bagaimana aku hina?
Sedangkan Kaulah tempat sandaran
Bagaimana aku akan mulia berbangga?
Sedangkan Engkau menempatkanku
Bagaimana aku akan miskin?
Padahal Engkaulah yang mencukupkan
Hidupkanlah hati-hati ini
Dengan makrifat-Mu
Matikanlah kami
Sebagai pejuang agama-Mu
Puaskanlah keluargaku dengan aturan-Mu
Berbanding aturan kami sendiri
Bantulah aku
dalam menunaikan tanggungjawab selaku muslimah
Ingatkanlah aku,
Bahawa aku hanya seorang hamba
Supaya tidak lupa
Ya Allah…
Perkenankanlah permintaan ini.
Monday, August 10, 2009
Agar Aku Tidak Lupa
Posted by Yenna at 10:21 PM
Labels: aku hanya seorang hamba
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment